Aku ni dari dulu dah terbiasa bekerja. Tak kisah la full-time ke, part-time ke, kena kerja. Kena make sure ada income. Sejak dari universiti lagi aku dah belajar cari duit sendiri. Dulu senang, byk option ada. Aku minat kerja line events so byk jugak event-event yg aku dah involved, jadi crew ke, jaga ticket counter ke...
Pastu masa final sem Diploma dulu ada sorang wartawan majalah Karangkraf approach aku jadi model *wah model*..ish time tu mcm pikir "aku nak jadi model, mmg tak laa!". Tapi nak dijadikan cerita sorang senior aku yg baik ngn akak wartawan tu ckp "kau jgn nak mengada Mimi, tu kwn akak tu, kau pegi je". So pasrah jela....terpaksa la aku pegi.
Dan-dan tgh photoshoot kat studio Karangkraf tu ada wartawan majalah Remaja pulak mintak submit gmbr utk Dewi Remaja. Pasrah lagi aku sbb dorang guna gmbr photoshoot haritu tu utk submit, dan aku dipanggil blk as Top 10 pusingan..*pusingan ni cam batch la* Utk pusingan tu aku dpt tmpt ke-3, Faezah Elai tmpt ke-2 dan Rebecca Nur Islam tmpt pertama, so Becca la yg masuk final. Tapi aku apa ada kesah aku bkn minat pun...psl tu dorg dah jadi pelakon terkenal, aku mcm ni je. Hihihi...
Tapi takpe, sbb aku tetap sering dipanggil oleh majalah-majalah utk photoshoot, dan dari photoshoot aku dpt lah duit poket sikit :) Zaman universiti kerja part-time dpt RM150 kira ok la kan? Dari situ aku mula cuba nasib pegi casting iklan pulak. Since then sampai sekarang adalah muka aku ni keluar paper ke, majalah ke, tv ke, rezeki buat iklan....
Last aku shoot iklan Calsiyum *org kata ada keluar blk kat tv skrg*, time tu aku tgh preggy dlm 2, 3 bln la..perut tak nampak lagi. Tapi pastu aku terpaksa tolak semua casting call sbb perut dah makin ketara. Masuk 7 bln aku mengandung aku ambil keputusan utk berhenti kerja kat ofis pulak. Kat ofis aku jadi PA boss, and by that time aku rasa rasa takleh cope and aku dah taknak kerja ofis lagi.
Kiranya aku ni bak kata mat salleh "cold turkey' la berhenti kerja. Mula-mula tu best la dpt duduk rumah je, tapi lama-lama jadi stress sbb aku ni dah biasa sibukkan diri. Time tu stress sbb rilek sgt la tapi skang ni aku dah mula stress "mana nak cari duit?". That's why la nak mencuba nasib sbg seorang mompreneur :)