So alkisahnya haku ni ada mslh resdung..pantang kena habuk ke, bulu kucing ke, mula lah nak bersin, selsema, gatal mata, gatal muka..u name it lah! Kdg sampai la demam kalau dah teruk sgt.
Nak dijadikan cerita, kat rumah ibu ku berlambak lah kucing dan tiap kali wknd tido rumah ibu confirm Isnin tu MC sbb demam. So biasanya doctor mesti bg ubat selsema tp lps pregnant tu my bff ckp tak elok slalu mkn ubat selsema..so nak buat mcm mana???
Tanya lah pakcik Google alternatif terbaik utk mslh selsema/resdung ni..so terjumpa lah pasal Madu Tualang. Kan dah menjadi sunnah nabi madu tu penawar byk penyakit..tawakal lah demi nak menjaga anak dlm kandungan sambil nak menyahkan selsema jahat yg melanda diri ini.
So order satu botol tgk..melalui random search setelah diambil kira bab harga, testimoni dan lokasi penjual tu. Alhamdulillah madu tu serasi pulak..tp kena lah tahan healing crisis yg confirm-confirm akan berlaku sbb mslh resdung aii teruk uolls!
Tiga hari pertama lps minum madu tu, selsema nonstop tak hengat donia! Rupa dah ada mcm clown, hidung besau merah akibat terlalu byk menghembus hingus. *eww* Pastu yg menambahkan ke-eww-an itu, satu mlm tu tgh haku tido tetiba rasa mcm tercekik and terus terbgn. Bila terbgn tu terus capai tissue pastu batuk..tgk kat tissue ada ketulan kecik-kecik yg agak berbau. *eww*
Tanya pulak pakcik Google apakebenda ketulan berbau tu, and turns out to be tonsil stones. Tonsil stones ni adalah sisa-sisa mcm kahak dan sewaktu dgnnya yg dah lama and melekat kat saluran tekak kita..haa lbh kurang camtu la yg haku paham.
Selepas my healing crisis settle alhamdulillah selsema dah kurang sgt-sgt, bdn rasa lbh sihat and sampai ke hari ni dah tak ingat bila last demam. Tapi semenjak fully bf baby ni terpaksa la pantang dulu sbb madu tu kan panas....hmm nanti sambung lagi citer madu tualang ni ek.
No comments:
Post a Comment