Sep 4, 2013

BISNES.

Tak pernah terfikir nak menceburkan diri dalam bidang perniagaan, walaupun ibu ku sejak universiti lagi nak aku ambil business course. Tapi papa ckp nak belajar pasal bisnes takyah kat universiti pun. Hence I studied Masscomm and majored Public Relations. Tapi minat dihati had always been events. Cuma bila dah meningkat umur, dan lagi-lagi sejak dah ada anak ni aku rasa aku kena lupakan bidang yg cukup serasi dgn diriku ini. *ewah ayat!*

Ibu ku dulu seorang business woman...actually sampai sekarang pun la, cuma now she bakes, maknanya she works at home je. Senang citer she's a home-maker. And she's always said your father is very good in business. So maybe walaupun tak pernah terfikir and always felt it wasn't my forte, just maybe it's in my blood.

Sebenarnya ada pengalaman pahit dgn bisnes ni. Aku pernah tejebak dgn "meniaga lewat mlm" a.k.a MLM hehe. Dah la time tu tgh kat universiti lagi, aduiii..boleh termakan dgn kata-kata manis upline walaupun secara lojiknya mana lah aku ada modal nak buat bisnes. Pastu couple of years back beranikan diri blk nak buat bisnes, time tu byk pulak kekurangan diri ni. Tapi yg number one adalah ketiadaan transport...bila buat bisnes seelok-eloknya kita kena lah ada transport utk memudahkan pergerakan kita.

Pastu since aku modelling aku minat la tgk baju cantik-cantik *dah namanya pompuan, takyah modelling pun mesti minat kan?* so bercita-cita lah aku nak ada butik online. Hmm hampeh! Berhenti takat photoshoot baju-baju tu je pastu terperuk baju-baju tu lagi dalam almari. Nape kau tanya? Cos I am a self-proclaimed perfectionist! So bila kononnya nak perfect semuanya dah tentu lah mengambil forever utk execute kan? Alamatnya tak jual lah baju-baju tu. *hmm mungkin aku patut post kat sini kan, mana tahu ada yg berminat*


SYAMIRA'S SHOWCASE *sekadar iklan*

Aku ada sorang ni yg aku anggap sifu aku, dia selalu ckp kalau nak tunggu perfect sampai bila-bila pun tak jalan...betul kata dia! Rupanya aku berangan je lebih tapi tak jumpa lagi product yg sesuai utk aku jual. So because I am a "perfectionist" akhirnya aku jumpa produk yg perfect utk aku jual...madu tualang tu lah :) It's perfect sbb aku tak perlu photoshoot cantik-cantik, takyah nak cari downline, aku cuma perlu berkongsi dgn orang tentang kebaikan madu ni. Kan sharing is caring....

So since then baru lah aku mula terbuka hati nak mencuba nasib dlm bidang perniagaan. Tambah pulak sekarang there are so many products and opportunities yg available online kan, cuma nak cari another perfect product je...or products :) Nanti akan ku kongsi lagi hokeh?

No comments:

Post a Comment